Friday, January 22, 2010

Peringatan Buat Semua...

PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Kemangkatan Sultan Johor Darul Ta'zim

Assalamualaikum wbt...

Dukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat pada 7 Safar 1431H. Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah sebaik-baik tempat kembali.

Semoga roh baginda sentiasa dicucuri rahmat. AL-FATIHAH...

Thursday, January 21, 2010

Wanita Akal Senipis Rambutnya...

Jangankan lelaki biasa , nabipun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada didalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus.... Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah swt. Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan , kerana nantinya, Mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal. Disitu punca kekuatan dunia!

Wanita,

Akal senipis rambutnya , tebalkan ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya.

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. Tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadaNya. Jinakkan diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah az-Zahra'. Andainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwahah...

Wednesday, January 20, 2010

Pengembaraan B'mula...


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu. Namun, tak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkan dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun, dosa-dosa besar...

Selamat Datang~

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyediakan page ini. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang kurang itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri...